Monday, October 11, 2010 @ 6:54 AM
0 +
Harga sebuah cinta dan pengorbanan.
Seorang lelaki dan seorang perempuan sedang menaiki sebuah motosikal yang lajunya boleh pergi sejauh 100kilometer sejam diatas sebuah jalan raya yang kosong....
Perempuan: Perlahan la! Awak bawak laju sangat! Saya takut!
Lelaki: Jangan la macam tu. Tak payah risau. Awak tengah berseronok kan?
Perempuan: Tak! Tolong la berhenti! Saya takut sangat!
Lelaki: Cakap dulu yang awak cintakan saya.
Perempuan: Saya cintakan awak! Tolonglah perlahan!
Lelaki:Peluk saya....
Perempuan itu pun memeluki lelaki itu.
Lelaki: Boleh tolong tak? Tolong bukakkan helmet ni lepastu awak pakai. Rimas lah.
Dalam suratkhabar keesokan harinya, terpampang sebuah berita yang menunjukkan sebuah motorsikal yang dianaiki oleh dua orang terhempas ke sebuah banggunan disebabkan brake yang rosak. Hanya seorang sahaja yang terselamat.
Sebenarnya sebelum motorsikal itu terhempas, lelaki itu telah sedar yang brake motosikalnya sudahpun terputus tetapi dia tidak mahu beritahu perempuan itu. Tetapi akhirnya dia membuat perempuan itu katakan cinta kepadanya, rasa pelukan terakhir dari perempuan itu dan membuat perempuan itu pakai helmetnya supaya nyawa perempuan itu terselamat walaupun lelaki itu tahu dia akan mati.
Itulah harga sebuah cinta dan pengorbanan kerana lelaki itu sanggup gadaikan nyawanya untuk seorang perempuan yang dia cintai.
Please do the rules:
- No spamming--no no no!
- Don't talk rudely--don't don't don't!
- I like nice people--
if you need meh to follow your blog back--ask it nicely and i'll think about it~

